orangnya kecil,
berjiwa besar,

jawatan tinggi,
merendah diri.

Orangnya kecil sahaja, tetapi punya jiwa besar yang menginspirasikan. Walaupun dia berjawatan tinggi, aduh, rendah dirinya menambah kagum. Wajahnya bercahaya, penuh ceria. Saat bibir mengeluarkan kata-kata, ketokohannya terserlah, dan senyuman tiada pernah lekang. Apa yang diperkatakan, seperti deruan air yang tenang, menusuk kalbu menyejuk jiwa.

Dia kecil sahaja. Lincah, bersemangat, penuh inspirasi. Lingkaran hitam di bawah mata, tidak menjejas ayu wajahnya. Lingkaran hitam yang menunjukkan kerasnya dia bersengkang mata, melakukan tugas-tugas seorang dai'e, juga seorang pemimpin muslimat.

Dia pemacu gerakan muslimat. Tidak hairanlah, dia begitu beraura bila di hadapan. Walaupun dia merendah diri, keyakinan dirinya begitu tinggi saat berdiri melontar kata. Pandai sungguh dia menepis lahiran emosi berbaur amarah, menenangkan suasana panas yang semakin membahang. Tenang dan tidak menunjukkan riak terkejut apatah lagi takut dengan hujah berbisa seorang Muslimin. Kompetensi Kecerdasan Emosi yang tinggi, bilamana jemala fikirnya berada di atas emosi, merasionalkan segala kata dan tindakan.

Terima kasih Ya Allah, kerana menemukan aku dengan dia.

Penyuntik Semangat Mahasiswa!! Itulah dia.

Kepada rakan-rakan di luar sana, sesekali ayuhlah kita keluar dari kepompong, keluar dari tempurung, melihat dan bertemu dengan insan-insan yang menginspirasikan. Andai masa membataskan pertemuan, alam maya sentiasa terbuka untuk kita mengembara.

Kembalikan semangat dalam diri, melangkah penuh teguh, kitalah sayap kiri perjuangan! Tangan yang menghayun buaian, bisa juga menggoncang dunia. Siapakah bakal pengganti Khaulah al-Azwar?? Di mana dicari Zainab Al-Ghazali??

Muslimat POWER! POWER! POWER!!!

Takbir!! ALLAHUAKBAR!!!



.::LINK MUSLIMAT POWER::.
(ini hanya contoh, banyak lagi sebenarnya Muslimat yang power ni..)
~Senyum Dai'e
~Srikandiharaki
3 Responses
  1. ehsanhalim Says:

    salam kak long.

    ustazah rafidah tu mmg inspire people.Kecil2 berjiwa besar.

    kawan ana dulu pun ada juga perangai cam dia. badan kecil tapi menggugat. ibarat 'kereta kecil tapi enjin besar'.

    dalam muslimat gamis ada ramai yg mcm ustazah rafidah tu. antaranya:

    kak munirah, t su gamis.
    http://mawarmunawwarah.blogspot.com/

    dia master mind untk projek kongress pendidikan. mmg mantap. walaupun muslimat tapi blh lead projek besar.

    kak long try baca blog seorang muslimat yang pernah jumpa dengan kak munirah ni dalam artikel bertajuk:
    BUKAN TENTANG DIRIKU , TETAPI KAMU!
    http://nurealin.blogspot.com/


  2. along N Says:

    Salam,. Syukran for da info. InsyaAllah, ada masa nanti buat pengembaraan di alam maya. Thanks for da comment.. =)


  3. ana_MUSLIMat Says:

    ana nak bisik skit....
    MUSLIMAT POWER! POWER! POWER!
    MP3...
    CETUSAN PEMIKIRAN MENJANGKAU EMOSI!!!
    TAKBIR!!!


Catat Ulasan