KAGUM... Teater... Kajian Berasakan Sekolah... Psiko... PBL... UPP... Motor... Kebersihan... Taklimat SPM08... Mini Reunion G4... Usrah yang belum bermula...

Ah.. setiap manusia punya kesibukan masing-masing. 24 jam telah diberi untuk melaksanakan segala pertanggungjawaban. Andai terasa masa itu tiada cukup untuk menyelesaikan segalanya, direnung-renung akan komitmen terhadap Nya.. Allah...

Cuti seminggu yang bakal bermula esok bagai sudah terbayang hari akhirnya. Ergh.. (macam negatif je pernyataan tu) Walaubagaimanapun, kusyukuri kesibukan yang mengisi ruang masa berbanding kerehatan yang sia-sia, kerana masa terluang yang tidak digunakan dengan perkara-perkara yang baik akan merisikokan diri untuk leka dan alpa, bersenang-senang dan berlengah-lengah...

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian...

Hm,. don't just give up easily n messed up thinking about all those things that need ur attention. Put first thing first n ignore anything that could change ur focus on what u r doing! Hmm,.. Gud luck for my dear self!! huhu...

Khas buat Kak Sha yang bakal melangkah ke dunia baru, Selamat Pengantin Baru diucapkan. Moga rumahtangga yang dibina mendapat rahmat dan redha Ilahi.

Buat Adhwa, moga majlis resepsi yang telah dirancang berjalan lancar. =)