Memaparkan catatan dengan label ::jurnal::. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ::jurnal::. Papar semua catatan
Apr
29
Salam,.. Dalam entri kali ini, Along hanya meletakkan gambar buat tatapan semua. Gambar-gambar ini diambil sekitar penggambaran proses pengajaran dan pembelajaran PISMK OUM PJ, Pesta Buku '09 serta Program Senam 'Arabik' dan Tebar Roti Canai.

P&P Bahasa Melayu PISMK-OUM PJ


PESTA BUKU ANTARABANGSA '09


PROGRAM SENAM 'ARABIK' DAN TEBAR ROTI CANAI



Buat yang terakhirnya, ini antara senarai buku yang sedang menunggu masa untuk dibaca dan dihadam, seterusnya mengaplikasikan ilmu yang ada dalam perjalanan hidup seharian. Dalam banyak-banyak buku ini, hanya novel 'Cogito Allah Sum' yang telah selesai dibaca. Sementara ini, modul-modul OUM lebih utama untuk diselesaikan berbanding deretan buku-buku ini. Kepada semua rakan-rakan, adik-adik juga Angah nun jauh di Mesir, selamat mengulang kaji dan selamat menghadapi peperiksaan. Moga sukses mengiringi langkah.


Sekian buat masa ini, Salam ukhuwwah penuh mahabbah... (^_^)
Apr
21
Bismillahirrahmaanirrahim...

Satu minggu tak update. Sebagaimana yang telah diperkatakan dalam REFRESH, sepanjang minggu lepas sibuk dengan penyusunan fail untuk MQA.


Selain itu, Kejohanan Olahraga Tahunan IPGM Kampus Ipoh kali ke-24, KOT terakhir untuk tahun pengajian Along di Ipoh ini. Pelbagai rasa melibang-libu di dalam hati. Tiada kata dapat diungkapkan, walaupun berjuta aksara bersesak di dasar hati. Aduhai...



Cuti hujung minggu, melampiaskan rindu kepada keluarga di kampung halaman. Santai selepas siap segala tugasan. Inilah projek hujung minggu Along, SUSHI dan MUFFIN.. =) Dah lama mengidam nak makan sushi. Last makan masa dengan Fila, dua tahun lepas kot, masa ikut Fila balik untuk raya. Fila la yang ngajar Along makan sushi nih..

~SUSHI~

Bahan-bahan :

1 cawan beras Calrose
Nori (seaweed, carik yang halal..)
Ketam (Rebus dulu)
Timun
Karot

Langkah demi langkah :
  1. Masak beras Calrose ikut arahan yang diberikan pada plastik pembungkus.
  2. Bila dah masak, sejukkan.
  3. Gaul dengan Mayonnaise (kalau suka banyak, letak la banyak. Along main hentam je masa buat ni..hehe..)
  4. Timun dan lobak merah dipotong panjang-panjang.
  5. Seterusnya, bentangkan seaweed, letak nasi dan susun timun, lobak dan ketam.
  6. Gulung sushi dengan kemas. (selalunya orang guna 'sushi mat', tapi along guna plastik jer..)
  7. Hidangkan dan siap untuk dimakan.
Hidangan sushi ni senang je nak buat. Ketam boleh digantikan dengan telur dadar atau apa-apa saja bahan mengikut kreativiti masing-masing.


~MUFFIN COKLAT~

Resepi muffin coklat ni pula Along dapat dari dapur RinnChan. Gambar yang Rinnchan sertakan amat menarik pandangan mata. Kata orang, dari mata turun je hati. Begitulah gambar muffin Rinnchan menambat hati ini untuk mencuba buat kali kelima.. Walaubagaimanapun, hati ini masih belum puas mencuba selagi muffin yang dihasilkan tak naik setinggi muffin RinnChan. Hehe..



------------------------------------------------------------------------------',---',---@

Masa yang sibuk sudah berlalu, syukurilah masa lapang yang ada. Sibukkan diri dengan perkara lain yang menunggu giliran untuk dilaksanakan. Terkenang kata-kata Abdullah 'Aidh al-Qarni,
Moga harapan tidak tinggal harapan,..

p/s ::

Kepada Am (pelajar Tingkatan 6 Atas dari SMK Serdang) yang mewakili Daerah Kulim Bandar Baharu dalam Perlawanan Tenis Peringkat Negeri Kedah di SP, selamat maju jaya diucapkan.

Kepada adik-adik unit G yang menjalani B.I.G, moga sentiasa dilindungi sepanjang menjalani program. Moga segalanya berjalan lancar. Ana doakan antum semua kuat menghadapi apa jua cabaran fizikal dan mental yang harus didepani sepanjang menjalani B.I.G ini. =)
Feb
22
Bismillahirrahmaanirrahiim..

Sudah hampir dua minggu blog ini tidak diupdate. Begitulah, hambatan masa memerlukan untuk mengutamakan apa yang lebih utama. Masa yang sedikit ini, saya ambil untuk sorotan Sabtu ke Sabtu sepanjang seminggu ini, yang selepas ini akan diulas dengan lebih terperinci, InsyaAllah..

SABTU, 14 FEBRUARI 2009
KONVENSYEN PENDIDIKAN JASMANI 2009 : UPM

Konvensyen Pendidikan Jasmani 2009 ini dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia. Pelatih-pelatih dari unit F4 dan PISMK-OUM Pendidikan Jasmani telah menghadiri pameran yang dianjurkan. Antara bahan yang dipamerkan adalah mesin-mesin yang digunakan untuk ujian makmal berkaitan sains sukan. Pameran diadakan di bilik-bilik pameran yang dibahagikan mengikut bidang seperti Makmal Anatomi dan Fisiologi, Makmal Lakuan Motor dan tempat melakukan Abseiling dan ujian lain. Setiap bilik menyediakan sukarelawan yang bertugas untuk memberi penerangan tentang penggunaan alatan-alatan untuk ujian makmal kepada para pengunjung.

Walaubagaimanapun, masa yang diperuntukkan adalah terhad. Tidak puas mendengar penerangan yang disampaikan. Juga, tidak semua yang datang berpeluang mencuba peralatan yang ada. Mesin menguji daya tahan kardiovaskular pula tidak dapat berfungsi. Mesin-mesin ujian makmal ini memang mahal dan sukar didapati di luar, jadi bila ada peluang sebegini, sudah pastilah kami mengharapkan dapat menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin dengan mencuba alat-alat ujian yang dipamerkan.

Salah satu pameran yang menarik minat saya adalah ruangan MEMANAH. Memanah adalah salah satu sukan yang digalakkan dalam Islam. Ia juga adalah salah satu sukan yang ingin saya kuasai. Sempat juga mencuba mengangkat busur walaupun tanpa anak panah. Nyata sukan ini perlukan stamina yang tinggi dan otot yang kuat. Bukan senang nak tarik tali tu ke belakang hingga mengenai hidung... Itulah kali pertama pegang busur panah. Harap-harap selepas ini, ada peluang untuk belajar memanah..


ISNIN - RABU
KULIAH DAN PEM
BENTANGAN

Isnin hingga Rabu, seperti biasa, kuliah, persiapan untuk pembentangan ISL dan pembentangan ISL. Juga sibuk dengan persiapan untuk ke sekolah pada hari Khamis untuk menguji kecergasan murid-murid sebagai sampel untuk tugasan Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani.

Hari Rabu ke SK Silibin seketika untuk berjumpa dengan Guru Besar.


KHAMIS, 19 FEBRUARI 2009

UJIAN KECERGASAN DAN KEMAHIRAN, SK SILIBIN

Along, Alin, Ayu, Sab dan Kak Merah ke Sekolah Kebangsaan Silibin untuk melaksanakan tugasan Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam PJ. Sampel adalah 22 orang murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Silibin. Pada hari tersebut, guru-guru dan murid-murid sedang menjalankan raptai penuh untuk Hari Sukan sekolah yang akan diadakan pada hari Ahad. Seronok apabila bertemu kembali dengan guru-guru SK Silibin yang ramah, antaranya Kak Wan, Kak Sue, Kak Ton, Kak Nurul, Kak Safura, Kak Imah dan Kak Ita yang sangat komited dengan tugas.

Ada satu rasa yang tidak dapat ditafsirkan bila melihat murid-murid yang pernah diajar dua tahun lalu telah membesar. Hafiz yang dulu selalu cedera dalam kelas, dah tinggi. Begitu juga Ganesh Rao yang gemar memanggil 'Cikgu Nazirraaah" dengan slang tersendiri dan suka kalau saya mengejar dia sekeliling kelas. Hakim yang nakal juga masih sama macam dulu. Beberapa orang murid memanggil Cikgu Nazirah, sesetengahnya melambaikan tangan. Ada juga yang berbisik-bisik dalam kalangan mereka "Eh, kakak tu macam pernah tengok la.."

Hmm,.. Apa pun, walaupun cikgu sepi tanpa berita, tidak sempat menjenguk kalian, dalam hati cikgu, kalian sentiasa ada. Cikgu doakan agar kalian murid-murid cikgu sentiasa dilindungi Allah swt, membesar menjadi anak yang soleh dan solehah..

ps:: Teringat kata-kata guru besar semasa bertanya negeri asal kami berlima. " Rugi le kome bukan oghang Peghak.. Peghak aje ade due MB, kamu tau?? Mane ade negeri dalam Malaysia ni yang ade dua MB.. Saya tersenyum di dalam hati.. =)


JUMAAT, 20 FEBRUARI 2009
SESAT LAGI...

Hari Jumaat, di sebelah petang, selepas membantu Encik Sharifuddin sebagai pegawai untuk pemilihan atlet olahraga, saya bergegas untuk mencari alat penimbang untuk menimbang ikan pada keesokan harinya, semasa Pertandingan Memancing Peringkat IPGM Kampus Ipoh.

Sudah banyak tempat saya tanya untuk meminjam alat pen
imbang, dari stor PJ, Makmal Sains, Bilik Prasekolah, Encik Sharifuddin, Encik Amir, sampai mak cik jual buah kat luar. Akhirnya, dapat jugak pinjam dari Pak Cik Anuar, salah seorang pekerja di IP Ipoh ni. Kata pak cik, "ambillah alamat rumah pak cik, nanti kalau dah tak jumpa, datang le ambil. Lambat pun tak pe la.. " dalam loghat Peraknye.. Ate, selepas mencuba di beberapa tempat lagi, akhirnye, pak cik Anuar aje yang pilihan yang ade. Rumahnye di Taman Hiburan, dekat dengan Taman Perpaduan katanye..

Maka, selepas selesai sesi pemilihan atlet, saya dengan ditemani 'kembar agak seiras' terus mencari Taman Hiburan. Nak dijadikan cerita, berlegar-legar juga le kami di sekitar Taman Perpaduan, habis Lengkok Perpaduan, Lebuh Perp
aduan, kami jumpe, tapi tak jumpa pula Dataran 10, Taman Hiburan.

Dekat setengah jam pusing-pusing, kami lalu Taman Saga, Taman Malar, sampai ke Kampung Tersusun Batu 6. Tapi, ada hikmahnya juga sesat ni, jumpa tempat-tempat orang. Akhirnya, hampir jam 7.00 malam, setelah bertanya tiga empat kali, jumpa juga dengan rumah beralamat no 30, Dataran 10, Taman Hiburan. Cepat-cepat ambil penimbang, terus beredar pulang. Masa balik, baru tau jalan nak ke rumah Pak Cik Nuar sangatlah SENANG!! Tak pe.. Jauh perjalanan luas pemandangan... =)

Di sebelah malamnya, sesi melepaskan tekanan di dapur surau.. Ada projek sikit bersama Diyana dan Farahin. Terima kasih kerana sudi menemani.



SABTU, 21 FEBRUARI 2009
~MESRA '09~

Alhamdulillah.. Akhirnya Pertandingan Memancing Peringkat IPGM Kampus Ipoh berjaya dilaksanakan. Sambutan menggalakkan, suasana meriah, jualan laris!! Tahniah diucapkan kepada Lujnah Ekonomi dan semua ahli-ahli jawatankuasa Biro Agama dan Kerohanian. Moga aktiviti seumpama ini dapat diadakan lagi untuk mengeratkan ukhuwwah antara ahli sendiri dan semua pelatih IPGM Kampus Ipoh, tanpa mengira batch, bangsa dan agama.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Izzul, dari Lujnah Tarbiah

Pemancing bersedia menunggu wisel permulaan

Antara hasil tangkapan

Promosi 'Satu Pelatih Satu Mashaf Terjemahan' oleh Lujnah Kesenian dan Kebudayaan Islam

Pak cik pengawal turut tidak melepaskan peluang berkongsi ilmu menyiang ikan

Pemenang kategori Amatur, kumpulan MS 88.
Kata Encik Wahid, "sapa menipu, masuk neraka.."

Sesi bakar-membakar... Sedap...

LAST BUT NOT LEAST
TAGGED BY Mama Balqis (MURSHIDA)... =)

Ini, nanti ana selesaikan ye Shida.. InsyaAllah, bila ada ruang dan peluang...