Bismillahirrahmaanirrahiim..

Sudah hampir dua minggu blog ini tidak diupdate. Begitulah, hambatan masa memerlukan untuk mengutamakan apa yang lebih utama. Masa yang sedikit ini, saya ambil untuk sorotan Sabtu ke Sabtu sepanjang seminggu ini, yang selepas ini akan diulas dengan lebih terperinci, InsyaAllah..

SABTU, 14 FEBRUARI 2009
KONVENSYEN PENDIDIKAN JASMANI 2009 : UPM

Konvensyen Pendidikan Jasmani 2009 ini dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia. Pelatih-pelatih dari unit F4 dan PISMK-OUM Pendidikan Jasmani telah menghadiri pameran yang dianjurkan. Antara bahan yang dipamerkan adalah mesin-mesin yang digunakan untuk ujian makmal berkaitan sains sukan. Pameran diadakan di bilik-bilik pameran yang dibahagikan mengikut bidang seperti Makmal Anatomi dan Fisiologi, Makmal Lakuan Motor dan tempat melakukan Abseiling dan ujian lain. Setiap bilik menyediakan sukarelawan yang bertugas untuk memberi penerangan tentang penggunaan alatan-alatan untuk ujian makmal kepada para pengunjung.

Walaubagaimanapun, masa yang diperuntukkan adalah terhad. Tidak puas mendengar penerangan yang disampaikan. Juga, tidak semua yang datang berpeluang mencuba peralatan yang ada. Mesin menguji daya tahan kardiovaskular pula tidak dapat berfungsi. Mesin-mesin ujian makmal ini memang mahal dan sukar didapati di luar, jadi bila ada peluang sebegini, sudah pastilah kami mengharapkan dapat menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin dengan mencuba alat-alat ujian yang dipamerkan.

Salah satu pameran yang menarik minat saya adalah ruangan MEMANAH. Memanah adalah salah satu sukan yang digalakkan dalam Islam. Ia juga adalah salah satu sukan yang ingin saya kuasai. Sempat juga mencuba mengangkat busur walaupun tanpa anak panah. Nyata sukan ini perlukan stamina yang tinggi dan otot yang kuat. Bukan senang nak tarik tali tu ke belakang hingga mengenai hidung... Itulah kali pertama pegang busur panah. Harap-harap selepas ini, ada peluang untuk belajar memanah..


ISNIN - RABU
KULIAH DAN PEM
BENTANGAN

Isnin hingga Rabu, seperti biasa, kuliah, persiapan untuk pembentangan ISL dan pembentangan ISL. Juga sibuk dengan persiapan untuk ke sekolah pada hari Khamis untuk menguji kecergasan murid-murid sebagai sampel untuk tugasan Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani.

Hari Rabu ke SK Silibin seketika untuk berjumpa dengan Guru Besar.


KHAMIS, 19 FEBRUARI 2009

UJIAN KECERGASAN DAN KEMAHIRAN, SK SILIBIN

Along, Alin, Ayu, Sab dan Kak Merah ke Sekolah Kebangsaan Silibin untuk melaksanakan tugasan Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam PJ. Sampel adalah 22 orang murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Silibin. Pada hari tersebut, guru-guru dan murid-murid sedang menjalankan raptai penuh untuk Hari Sukan sekolah yang akan diadakan pada hari Ahad. Seronok apabila bertemu kembali dengan guru-guru SK Silibin yang ramah, antaranya Kak Wan, Kak Sue, Kak Ton, Kak Nurul, Kak Safura, Kak Imah dan Kak Ita yang sangat komited dengan tugas.

Ada satu rasa yang tidak dapat ditafsirkan bila melihat murid-murid yang pernah diajar dua tahun lalu telah membesar. Hafiz yang dulu selalu cedera dalam kelas, dah tinggi. Begitu juga Ganesh Rao yang gemar memanggil 'Cikgu Nazirraaah" dengan slang tersendiri dan suka kalau saya mengejar dia sekeliling kelas. Hakim yang nakal juga masih sama macam dulu. Beberapa orang murid memanggil Cikgu Nazirah, sesetengahnya melambaikan tangan. Ada juga yang berbisik-bisik dalam kalangan mereka "Eh, kakak tu macam pernah tengok la.."

Hmm,.. Apa pun, walaupun cikgu sepi tanpa berita, tidak sempat menjenguk kalian, dalam hati cikgu, kalian sentiasa ada. Cikgu doakan agar kalian murid-murid cikgu sentiasa dilindungi Allah swt, membesar menjadi anak yang soleh dan solehah..

ps:: Teringat kata-kata guru besar semasa bertanya negeri asal kami berlima. " Rugi le kome bukan oghang Peghak.. Peghak aje ade due MB, kamu tau?? Mane ade negeri dalam Malaysia ni yang ade dua MB.. Saya tersenyum di dalam hati.. =)


JUMAAT, 20 FEBRUARI 2009
SESAT LAGI...

Hari Jumaat, di sebelah petang, selepas membantu Encik Sharifuddin sebagai pegawai untuk pemilihan atlet olahraga, saya bergegas untuk mencari alat penimbang untuk menimbang ikan pada keesokan harinya, semasa Pertandingan Memancing Peringkat IPGM Kampus Ipoh.

Sudah banyak tempat saya tanya untuk meminjam alat pen
imbang, dari stor PJ, Makmal Sains, Bilik Prasekolah, Encik Sharifuddin, Encik Amir, sampai mak cik jual buah kat luar. Akhirnya, dapat jugak pinjam dari Pak Cik Anuar, salah seorang pekerja di IP Ipoh ni. Kata pak cik, "ambillah alamat rumah pak cik, nanti kalau dah tak jumpa, datang le ambil. Lambat pun tak pe la.. " dalam loghat Peraknye.. Ate, selepas mencuba di beberapa tempat lagi, akhirnye, pak cik Anuar aje yang pilihan yang ade. Rumahnye di Taman Hiburan, dekat dengan Taman Perpaduan katanye..

Maka, selepas selesai sesi pemilihan atlet, saya dengan ditemani 'kembar agak seiras' terus mencari Taman Hiburan. Nak dijadikan cerita, berlegar-legar juga le kami di sekitar Taman Perpaduan, habis Lengkok Perpaduan, Lebuh Perp
aduan, kami jumpe, tapi tak jumpa pula Dataran 10, Taman Hiburan.

Dekat setengah jam pusing-pusing, kami lalu Taman Saga, Taman Malar, sampai ke Kampung Tersusun Batu 6. Tapi, ada hikmahnya juga sesat ni, jumpa tempat-tempat orang. Akhirnya, hampir jam 7.00 malam, setelah bertanya tiga empat kali, jumpa juga dengan rumah beralamat no 30, Dataran 10, Taman Hiburan. Cepat-cepat ambil penimbang, terus beredar pulang. Masa balik, baru tau jalan nak ke rumah Pak Cik Nuar sangatlah SENANG!! Tak pe.. Jauh perjalanan luas pemandangan... =)

Di sebelah malamnya, sesi melepaskan tekanan di dapur surau.. Ada projek sikit bersama Diyana dan Farahin. Terima kasih kerana sudi menemani.



SABTU, 21 FEBRUARI 2009
~MESRA '09~

Alhamdulillah.. Akhirnya Pertandingan Memancing Peringkat IPGM Kampus Ipoh berjaya dilaksanakan. Sambutan menggalakkan, suasana meriah, jualan laris!! Tahniah diucapkan kepada Lujnah Ekonomi dan semua ahli-ahli jawatankuasa Biro Agama dan Kerohanian. Moga aktiviti seumpama ini dapat diadakan lagi untuk mengeratkan ukhuwwah antara ahli sendiri dan semua pelatih IPGM Kampus Ipoh, tanpa mengira batch, bangsa dan agama.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Izzul, dari Lujnah Tarbiah

Pemancing bersedia menunggu wisel permulaan

Antara hasil tangkapan

Promosi 'Satu Pelatih Satu Mashaf Terjemahan' oleh Lujnah Kesenian dan Kebudayaan Islam

Pak cik pengawal turut tidak melepaskan peluang berkongsi ilmu menyiang ikan

Pemenang kategori Amatur, kumpulan MS 88.
Kata Encik Wahid, "sapa menipu, masuk neraka.."

Sesi bakar-membakar... Sedap...

LAST BUT NOT LEAST
TAGGED BY Mama Balqis (MURSHIDA)... =)

Ini, nanti ana selesaikan ye Shida.. InsyaAllah, bila ada ruang dan peluang...

Label: edit post
3 Responses
  1. Along nampak macam pemanah yang hebat dalam gambar tu.


  2. Salam,.. Time kasih farhana.. hehe.. Doa-doakanlah agar impian boleh jadik nyata.. Nak jugak jadi pemanah hebat.. Masalahnye, nak tarik tali tu pun cam tak de kudrat.. huhu..


  3. PiDoT_OtAi Says:

    thanks along coz sudi ziarah blog saya.. kenangan bersama kawan-kawan semua takkan dapat dilupakan.. yang pergi telah pergi, kita yang hidup ni sudah bersedia ka nak pergi.. anyway keep in touch k


Catat Ulasan